awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita kerugian RM24,000 ditipu dalam urusan jual beli penutup hidung dan mulut

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
08/04/2020
02:55 MYT
Wanita kerugian RM24,000 ditipu dalam urusan jual beli penutup hidung dan mulut
Wanita berkenaan mendakwa membuat tempahan sebanyak 400 kotak penutup hidung dengan harga RM24,000. - Gambar hiasan
Seorang peniaga wanita di sini kerugian RM24,000 selepas ditipu seorang lelaki dalam urusan jual beli penutup hidung dan mulut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 24 Mac lalu apabila mangsa berusia 31 tahun melihat iklan penjualan penutup hidung dan mulut di sebuah kumpulan WhatsApp.
Menurut Mohd Wazir, wanita berkenaan mendakwa membuat tempahan sebanyak 400 kotak penutup hidung dengan harga RM24,000.
"Pada hari yang sama mangsa membuat bayaran sebelum suspek memaklumkan barangan itu akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier yang mengambil masa selama tiga hari, untuk tiba.
"Bagaimanapun, mangsa mendakwa masih tidak menerima barangan itu sehingga semalam. Suspek juga memberi pelbagai alasan menyebabkan mangsa akhirnya marah dan membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading di sini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mangsa
#Pahang
#penutup hidung dan mulut
#polis
#siasatan
#suspek
#wanita
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan