Wanita warga China yang merempuh pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hingga menyebabkan mangsa maut pada Jumaat, direman selama empat hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Pulau Pinang Nur Fadrina Zulkhairi terhadap wanita berusia 24 tahun terbabit di Mahkamah Majistret Pulau Pinang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Katanya wanita tersebut akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam masa terdekat.
BACA: Pekerja MBPP maut dirempuh wanita mabuk
“Setakat ini, reman hanya dikeluarkan ke atas pemandu kereta sahaja manakala reman terhadap pemilik kereta tidak diluluskan.
"Namun kita mengeluarkan saman terhadapnya mengikut Seksyen 26 APJ 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat, mangsa yang dikenali sebagai Mohaidin Gani Mohamad, 58, maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu wanita terbabit.
Kejadian berlaku berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, George Town.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.
Siasatan awal mendapati pemandu wanita berkenaan mabuk namun polis masih menunggu ujian sampel darah bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah yang dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 26 2019
Menurut polis, wanita tersebut akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Foto ihsan PDRM
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Undang-undang sedia ada sudah cukup tegas - Anthony Loke
Penguatkuasaan sememangnya berjalan sepanjang masa, malah ada yang telah pun diambil tindakan sehingga diheret ke mahkamah.
11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk tangani isu lumba haram, mat rempit
Cadangan pindaan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.
JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.
Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.
Lelaki OKU maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam maut selepas dirempuh kereta di bawah jejantas berhampiran Perodua Hijau Kuning, Alor Setar, hari ini.
Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.
Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah
Mitsubishi Storm yang dipandu lelaki berusia 59 tahun itu melanggar mangsa yang didakwa keluar dari pekarangan rumah secara mengejut.