Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Wanita mengandung ditemui mati dalam kereta

71591060123_wanitamengandung.jpg
Seorang wanita mengandung ditemui mati di dalam sebuah kereta yang parkir di Apartment Gugusan Semarak, Kota Damansara malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil maklumat suami mangsa mendapati pasangan terbabit telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Namun kerana komplikasi kandungan, mangsa diarah untuk ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan singgah sementara di rumah untuk mengambil pasport mangsa.

Malangnya, sebaik kembali ke kenderaan,dia mendapati isterinya telah meninggal dunia.

Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Advertisement

Must Watch Video