Tutup

Wanita Muslim bersih kubur nenek penganut Kristian

Wanita Muslim bersih kubur nenek penganut Kristian
Cikgu Dayang Rafidah Awang Osman antara mereka yang dilihat turut membersihkan perkuburan Kristian pada 2 Nov lalu. Facebook 'Bila Cikgu Emmet Menulis'
KUCHING: "Beza agama tidak halang kasih terhadap ibu yang telah tiada."

Demikian kata seorang guru melalui akaun Facebook 'Bila Cikgu Emmet Menulis', meminta orang ramai walaupun berbeza kaum perlu saling mengenali dalam kepercayaan agama untuk membimbing rohani agar berupaya menjadikan kita manusia yang baik dan pekerti tinggi.

Cerita Cikgu Emmet, pada 2 November lalu, ketika melalui kawasan perkuburan Kristian, beliau ternampak kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung.

Mereka turut membersihkan perkuburan dan salah seorang daripadanya ialah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan iaitu cikgu Dayang Rafidah Awang Osman.
Katanya, beliau bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam membersihkan kubur mendiang neneknya.

Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung lain.
Menurut cikgu Emmet, cikgu Dayang Rafidah tidak sekali memutuskan rasa kasih dan sayang kepada keluarga sebelah ibunya walaupun berbeza agama.

Rasa sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka.

Dalam pada itu Cikgu Emmat mendedahkan pada 2 November adalah hari All Soul Day iaitu hari di mana ramai sanak saudara menziarahi pusara orang tersayang yang telah pergi.

Penganut Kristian terutamanya akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada di samping menukar bunga di jambangan.