awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah ditikam dalam lif, lelaki bertopeng rupanya jiran sendiri

Bernama
Bernama
12/01/2020
03:25 MYT
Wanita parah ditikam dalam lif, lelaki bertopeng rupanya jiran sendiri
Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong di sini, Rabu lalu. -Gambar hiasan
Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata kejadian kira-kira jam 11.16 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun berseorangan di dalam lif untuk pulang ke rumahnya sebelum lif tersebut dimasuki seorang lelaki bertopeng.
"Sebaik pintu lif ditutup, lelaki itu terus menyerang wanita itu dan menikam di bahagian belakang mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau sebelum menyamun dompet serta telefon bimbit mangsa dan melarikan diri.
"Wanita yang cedera parah itu kemudiannya mendapatkan bantuan ahli keluarga, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mangsa yang tidak bekerja itu kerugian kira-kira RM500 selepas telefon bimbit jenis Huawei 2i dan wang tunai sebanyak RM100 dalam dompetnya disamun suspek, selain kehilangan dokumen pengenalan diri.
Soffian berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan seorang suspek berusia 26 tahun yang juga merupakan jiran mangsa dan selepas diperiksa, lelaki yang tidak bekerja itu didapati positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Lelaki itu kini direman sehingga 15 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan," katanya.
Soffian berkata, wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang namun dilaporkan di dalam keadaan stabil.
- Bernama
Topic Berkaitan
#cedera parah
#ditikam dalam lif
#ditikam jiram
#Hospital Pulau Pinang
#lelaki bertopeng
#Soffian Santong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan