awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut, isteri dan anak parah kemalangan di Pendang
Trump dakwa pembunuhan penunjuk perasaan di Iran "telah dihentikan"
Warga emas berusia 88 tahun gigih menganyam tikar mengkuang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi RM36,800 ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
03/01/2020
03:08 MYT
Wanita rugi RM36,800 ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud
Mohd Wazir berkata mangsa melakukan 19 kali pindahan ke satu akaun yang diberi suspek sejak November. -Gambar fail
Tindakan seorang wanita membuat pinjaman wang hanya dengan melihat iklan di laman web membawa padah apabila dia kerugian RM36,800 akibat diperdaya sindiket penipuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 27 tahun melakukan 19 kali pindahan ke satu akaun yang diberi sejak November lalu hingga kelmarin untuk pelbagai bayaran yang diminta suspek.
Beliau berkata kejadian bermula pada 25 November lalu apabila mangsa melayari satu laman web dan tertarik dengan iklan pinjaman wang.
"Mangsa kemudian mendaftarkan butir-butir peribadi sebelum dihubungi seorang lelaki kononnya dari sebuah syarikat pinjaman wang.
"Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang dengan syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi mendapatkan pinjaman berkenaan mangsa diminta membuat pelbagai bayaran yang dianggarkan RM36,800 membabitkan 19 transaksi ke dalam satu akaun.
“Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima wang pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat bayaran lagi.
“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Bentong
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#pinjaman wang
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan