awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita 'stres' pandu masuk kereta ke dalam lapangan terbang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/03/2020
14:20 MYT
Wanita 'stres' pandu masuk kereta ke dalam lapangan terbang
Wanita berusia 55 tahun itu dikatakan mengalami stres dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM. - Astro AWANI
Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bertukar panik seketika selepas seorang wanita dengan selamba memandu ke dalam kawasan bangunan tingkat satu lapangan terbang berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Rabu, kakitangan LTSM dan orang awam yang berada dalam kawasan terkejut dengan kehadiran kereta yang bergerak di dalam bangunan itu.
Wanita berusia 55 tahun itu dikatakan mengalami stres dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah ketika dihubungi Astro AWANI berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang berhubung insiden itu.
Katanya, seramai empat anggota bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya wanita berkenaan bertindak meluru masuk ke dalam ambulans Angkatan Pertahanan Awam sebaik ternampak kenderaan jabatan itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian.
Katanya siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#kereta dalam lapangan terbang
#Lapangan Terbang Sultan Mahmud
#LTSM
#panik
#terengganu
#wanita stres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan