announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

WAO mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti-Menghendap

WAO mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti-Menghendap
Menjenayahkan menghendap akan meletakkan Malaysia selaras dengan amalan antarabangsa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengalu-alukan pengumuman kerajaan bahawa kertas kerja kabinet menjenayahkan tindakan menghendap kini sedang dalam perancangan.

Pengumuman yang diumumkan oleh Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2020, dalam maklum balas bertulis kepada soalan daripada Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto mengatakan kertas kerja kabinet kini sedang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Kami menyeru kerajaan, khususnya Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Undang-Undang YB. Dato’ Takiyuddin Hassan supaya mengutamakan penggubalan undang-undang ini.

Dengan menjenayahkan tindakan menghendap akan melindungi rakyat Malaysia, selaras dengan amalan antarabangsa dan ianya disokong penuh oleh petugas barisan hadapan kerajaan dan NGO.



Menghendap bukanlah satu jenayah di Malaysia. Oleh itu, sekiranya seseorang berkali-kali menghubungi, mengekori, atau kerap kali muncul di tempat anda – yang mana ianya mendatangkan ketakutan atau tekanan emosi – tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Sekarang juga masih belum ada peruntukan undang-undang untuk mangsa hendap mendapatkan perintah menjauhkan diri.

Menjenayahkan menghendap akan meletakkan Malaysia selaras dengan amalan antarabangsa. Negara-negara yang sudah memiliki peruntukan undang-undang mengenai menghendap termasuklah Filipina, Jepun, Australia, Afghanistan, India, Singapura, Mongolia, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Afrika Selatan, Jerman, Republik Czech, dan Britain.

Penggubalan undang-undang ini telah bermula sejak 2019. Proses ini telah dikoordinasikan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan yang pelbagai termasuklah BHEUU, KPWKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri, Majlis Peguam Malaysia, dan WAO.

Menggubal undang-undang perlindungan terhadap menghendap telah menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada ramai Ahli Parlimen dari setiap parti politik. Ahli-ahli Parlimen di bawah telah memberi sokongan terbuka dalam menjenayahkan menghendap:

Datuk Liew Vui Keong, Kasthuri Patto, Hannah Yeoh, Datuk Seri Wan Azizah, Datuk Seri Rohani Karim, Dato’ Sri Azmin Ali, Wong Chen, Maria Chin Abdullah, Dato’ Sri Bung Moktar, Datuk Seri Ahmad Maslan, Dr Hasan Bahrom, Thomas Su, Wong Tack, Fahmi Fadzil, Shamsul Iskandar, P. Prabakaran, Haji Ustaz Hasanuddin, Alice Lau, Chan Ming Kai, Larry Sng, Syed Ibrahim, Sim Tze Tzin, Wong Shu Qi, Wong Kah Who, Ma'mun Sulaiman, Charles Santiago, Sivarasa Rasiah, Darell Leiking, and Baru Bian (and MPs at the time Siti Mariah and Khoo Soo Seang).

Mengenai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Sejak tahun 1982, Pertubuhan Pertolongan wanita telah menyediakan rumah perlindungan, kaunseling, dan bantuan krisis percuma kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Kami membantu wanita dan anak-anak mereka membina semula hidup yang terselamat daripada keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan, dan pelbagai penganiayaan lain. Pengajaran daripada pengalaman wanita-wanita yang tidak bernasib baik ini, kami ingin membela nasib mereka dengan menambah baik polisi awam dan mengubah cara berfikir masyarakat. Bersama, kita mengubah kehidupan.

Hubungi Hotline WAO di talian 03 7956 3488 atau SMS/Whatsapp TINA di talian 018 988 8058 jika anda atau kenalan anda sedang mengalami penderaan. Untuk maklumat lanjut, lawati http://wao.org.my



Tag: Azmin Ali, Ahmad Maslan, Wan Azizah, Maria Chin Abdullah, Polis Diraja Malaysia, mangsa, rogol, keganasan, kabinet, Kementerian Dalam Negeri, rakyat Malaysia, undang-undang, Peguam Negara, menghendap, WHO, WAO, Pertubuhan Pertolongan Wanita



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.