awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

War on Cancer seru masyarakat bersama perangi barah

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
26/07/2018
07:14 MYT
War on Cancer seru masyarakat bersama perangi barah
Wan Azizah menyampaikan ucaptama sempena pelancaran War on Cancer Malaysia di sini hari ini. - Astro AWANI/Khairunnisa Kasnoon
Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan, statistik Health Facts 2016 menunjukkan kanser adalah punca kematian ketiga terbesar dalam hospital-hospital kerajaan dengan 13.6 peratus.
Jumlah kematian itu meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 8.9 peratus pada 20 tahun lalu.
Dalam hal ini, kerajaan sentiasa prihatin dan komited dalam membantu pesakit kanser khususnya dalam meringankan beban mereka.
"Kerajaan juga akan terus komited dan memberi perhatian strategi dan aktiviti yang telah dirancang dalam Pelan Tindakan Kanser (2016-2020).
"Pencegahan kanser dari segi pemberian pelalian (misalnya vaksin utk jangkitan virus Human Papilloma virus (HPV) bagi mencegah kanser pangkal rahim), amalan gaya hidup sihat, serta pengesanan awal kanser merupakan aspek-aspek akan diberikan fokus utama," ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya merasmikan War on Cancer Malaysia di sini hari ini.
Beliau pada masa sama menekankan mengenai rawatan susulan yang perlu dilakukan selepas ujian saringan.
Ini penting bagi memastikan langkah pencegahan yang dibuat berkesan dan tidak membiarkan kanser terus merebak.
Dr. Wan Azizah turut menyentuh mengenai kecenderungan pesakit melakukan rawatan alternatif tanpa pengesahan doktor.
“Natijahnya, mereka hanya mendapatkan rawatan dengan pakar perubatan ketika penyakit kanser telah merebak.
Saya berpendapat aspek kaunseling serta sokongan moral dan sosial perlu juga dititikberatkan, selain memperkasakan perkhidmatan psikososial pesakit serta mempertingkatkan perkhidmatan rehabilitatif dan paliatif," ujarnya.
Mengulas perkara sama, Pengarah War On Cancer, Prof. Datuk Dr. Khalid Yusoff berpendapat, meskipun ada kemajuan ketara dibuat mengenai pemahaman masyarakat tentang biologi kanser, perkembangan modaliti baharu untuk mengesan, mendiagnosis dan merawat kanser, namun masih ada kekurangan ketara dalam pengetahuan masyarakat tentang penyakit dan bagaimana penyakit itu diuruskan dalam konteks umum.
“Justeru War On Cancer Malaysia digerakkan bagi membawa pengetahuan tentenag kanser kepada masyarakat dengan lebih baik melalui penyelidikan, meningkatkan pengurusan, pencegahan kanser dan menyokong pesakit kanser serta keluarga mereka.
Antara lain, ia juga bertujuan untuk membawa penambahbaikan dengan mengenal pasti jurang yang sedia ada dan menanganinya melalui kerjasama sinergistik yang lebih baik antara organisasi-oraganisai yang terlibat dalam memerangi penyakit kanser, terutamanya di Malaysia,” katanya.
War On Cancer adalah inisiatif oleh Kolej Pakar Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia dan Akademi Sains Malaysia yang menyediakan platform untuk individu serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyebar kempen mengenai kanser.
Topic Berkaitan
#barah
#health facts
#hospital kerajaan
#kanser
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Masyarakat
#rawatan
#war on cancer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan