Warden asrama tahfiz direman, mengaku liwat dua pelajar dan cabul tiga pelajar lain

Warden asrama tahfiz direman, mengaku liwat dua pelajar dan cabul tiga pelajar lain
Suspek (berbaju ungu) disyaki liwat dan cabul lima pelajar tahfiz berusia 9 ke 15 tahun
KANGAR: Seorang warden asrama sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, Kangar, direman tujuh hari bermula Sabtu.

Penahanan bagi membantu siasatan kes liwat dua pelajar di pusat tahfiz berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Norhayati Ibrahim.

Suspek berusia 28 tahun, ditahan awal pagi Sabtu di Pusat Tahfiz di Kampung Buaya Menora, Kuala Kangsar, Perak.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku meliwat, mencabul dan melakukan gangguan seksual ke atas mangsa.

Suspek dipercayai meliwat dua pelajar selain mencabul tiga lagi pelajar lain.

Semua mangsa berusia antara 9 ke 15 tahun.


 

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengenai kejadian itu kepada seorang guru yang kemudian membuat laporan polis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C, dan 377E Kanun Keseksaan (E) Aka Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.