Tutup

Warga emas 82 tahun maut terhidu asap kebakaran

Warga emas 82 tahun maut terhidu asap kebakaran
Dalam kejadian jam 4 petang Ahad itu, mangsa, Harison Kereya, 82, ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan dalam keadaan tidak bergerak.
SANGLANG: Seorang wanita warga emas meninggal dunia dipercayai lemas akibat terhidu asap tebal selepas rumahnya di Kampung Lubuk Pinang, hangus terbakar.

Dalam kejadian jam 4 petang Ahad itu, mangsa, Harison Kereya, 82, ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan dalam keadaan tidak bergerak.

Komander Operasi Balai Bomba Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.03 petang dan sepasukan anggotanya tiba di lokasi jam 4.19 petang.

Beliau berkata, operasi disertai sepasukan anggota dan tiga jentera dari BBP Jitra dan turut dibantu anggota BBP Simpang Empat, BBP Arau Perlis dan dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Kuala Sanglang dan Lana Bulu.
Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kelas C kayu sepenuhnya dan terbakar hampir keseluruhan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa wanita cedera di bahagian muka dan dikeluarkan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
Mohd Bustan berkata, mangsa dipercayai melecur di bahagian muka, badan dan kaki.

Berikutan itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca dan kerugian masih dalam siasatan dan pasukan forensik dari JBPM Kedah untuk siasatan lanjut.




Tag: wanita warga emas, Balai Bomba Jitra, maut terhidu asap, JBPM Kedah, kebakaran, hangus terbakar, Harison Kereya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.