Tutup

Warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat

Warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat
Mangsa, Kong Joon Chung 74 tahun ditemui sekitar jam 9.45 pagi ini. - Foto Ihsan JBPM Sarawak
BINTULU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang Jumaat malam ketika menyertai acara larian amal di SJK Chung Hua Bintulu di sini ditemui selamat pagi Sabtu.

Mangsa, Kong Joon Chung 74 tahun ditemui sekitar jam 9.45 pagi oleh orang awam setelah mangsa berjaya keluar sendiri melalui laluan hutan (diluar trak perlumbaan).

Laporan kehilangan Joon Chung dari RPR  Kidurong Fasa 4, Tanjung Kidurong diterima pihak Bomba pada jam 1.32 pagi yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mengikut laporan yang dibuat anak mangsa, pada jam 5.30 petang Jumaat, bertempat di tapak jungle tracking, Chung Hua 2, pelapor bersama bapanya telah memulakan larian bersama rakan-rakan ahli Bintulu, Hash Herriers yang lain telah melakukan aktiviti meredah hutan di lokasi kejadian.
"Sebaik sahaja beliau sampai ke garisan penamat didapati Joon Chung tidak muncul di garisan penamat dan rakan-rakan lain telah masuk semula ke dalam trak untuk mencari tetapi gagal.

"Pelapor kemudian telah datang ke One Stop Centre IPD Bintulu untuk membuat laporan kehilangan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima laporan.

Mangsa telah dijumpai selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1000 pagi.


Tag: Hilang, Kong Joon Chung, Bintulu, warga emas hilang, JBPM Sarawak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.