awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas direman bantu siasatan kes wanita ditemui mati berselimut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/03/2020
10:39 MYT
Warga emas direman bantu siasatan kes wanita ditemui mati berselimut
Suspek berusia 57 tahun itu ditahan di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda pada jam 2.30 petang Sabtu. - Foto PDRM
Seorang lelaki direman 7 hari bermula hari ini sehingga 4 April bagi membantu siasatan pembunuhan seorang wanita warga asing yang ditemui mati dalam keadaan berselimut di Taman Sejahtera, Bakar Arang dekat Sungai Petani, Kedah. 
 Suspek berusia 57 tahun itu ditahan di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda pada jam 2.30 petang Sabtu. 
 Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut. 
 Mangsa Ngo Thi Quyen, 46, warga Vietnam ditemui mati dalam bilik di rumahnya kira-kira jam 12.40 tengah hari 27 Mac lalu. 
 Kejadian disedari oleh rakan serumah mangsa selepas mendapati mangsa tidak keluar dari dalam biliknya seharian. 
 Sebaik membuka pintu rakan mangsa terkejut melihat mangsa sudah kaku lalu bertindak memanggil pengurusan kilang tempat mangsa bekerja. 
 Adzli berkata, siasatan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan berselimut di atas tilam serta mayat dalam keadaan berbau.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka di dahi sebelah kiri dan kanan selain terdapat kesan darah di muka mangsa. 
 Bagaimanapun katanya, tiada kesan pergelutan ditemui di dalam bilik dan di dalam rumah terbabit. 
 Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan keranan membunuh.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Kedah
#mangsa
#mati
#mayat
#NGO
#polis
#siasatan
#Sungai Petani
#suspek
#Vietnam
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan