Warga emas ditahan selepas rakaman video cabul kanak-kanak tersebar

Warga emas ditahan selepas rakaman video cabul kanak-kanak tersebar
Suspek ditahan reman selama 6 hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan prosedur Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang warga emas berusia 65 tahun yang dipercayai terlibat dalam perbuatan kelucahan melampau ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Wan Rukman Wan Hassan, tangkapan dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat ibu mangsa berusia 49 tahun yang mendapati penularan video lucah berdurasi 3 minit 10 saat membabitkan anaknya melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sebanyak tiga kali sekitar bulan Jun dengan memperdaya mangsa membeli barangan kegemaran mangsa seperti alat tulis dan makanan.
Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori merupakan kenalan baharu keluarga mangsa dan tinggal di kawasan perumahan berdekatan.

“Perkara ini telah berlaku sebanyak tiga kali tanpa pengetahuan keluarga mangsa sekitar bulan Jun 2019. Bagi kejadian kali terakhir, mangsa telah diambil oleh suspek dari rumah dan dibawa ke kawasan parkir kereta di bandar Seremban dan suspek telah melakukan perbuatan kelucahan melampau ke atas mangsa di dalam kereta milik suspek,” ujar Wan Rukman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Seremban.


Mengulas lanjut ujarnya, pemandu lori berusia 65 tahun itu ditahan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Gopeng, Perak sekitar 9.20 malam tadi selepas sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan suspek yang dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis, untuk menghantar barang lalu memintas kenderaan dan menahannya.

Suspek ditahan reman selama 6 hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan prosedur Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja dan dua buah telefon bimbit.

Tag: WhatsApp, Facebook, seks, Kanak-kanak, Perlis, Seremban, Jenayah, Keluarga, Laporan polis, Gopeng, PDRM, Laman Sosial, Gila seks


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.