awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APAD batal 100 permit lori syarikat Lian Gang Logistics
Mahkamah benar Rosmah dapat sementara pasport untuk lawat anak perempuan di Singapura
Cabutan Simpan SSPN 2026 tawar hadiah hampir RM1.4 juta, tarik minat generasi muda menabung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dalam kebakaran rumah teres di Klang

Hilmi Malik
Hilmi Malik
24/11/2019
00:23 MYT
Warga emas maut dalam kebakaran rumah teres di Klang
Keadaan kebakaran melibatkan dua rumah teres di Kampung Sungai Pinang, Klang pagi tadi. -JBPM
Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah teres di Jalan Haji Abd Majid, Kampung Sungai Pinang, di sini, awal pagi Ahad.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi dan menggerakkan 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Kota Raja, Kapar dan Pelabuhan Klang.
"Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat dua buah rumah teres kelas C sedang terbakar sebanyak 95 peratus.
"Kebakaran dapat dikawal pada 4.36 pagi dan mendapati terdapat seorang warga emas berusia lingkungan 70-an di dalam rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Seorang warga emas maut dalam kebakaran di dua buah rumah teres, Jalan Haji Abd Majid, Kampung Sungai Pinang, Selangor, awal pagi Ahad. @501Awani pic.twitter.com/fHi5LqH9Wc
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) November 24, 2019
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan melecur 90 peratus pada seluruh badan.
Difahamkan mangsa tinggal bersama anaknya, bagaimanapun dia tiada di rumah ketika kejadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kebakaran
#maut
#Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor
#wanita warga emas
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan