announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Warga emas maut kereta bertembung lori simen

Warga emas maut kereta bertembung lori simen
Nahas berlaku di Kilometer 33 Kampung Kolam, Kuala Berang kira-kira jam 12.10 pagi Khamis.
HULU TERENGGANU: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan simen.

Nahas berlaku di Kilometer 33 Kampung Kolam, Kuala Berang kira-kira jam 12.10 pagi Khamis.

Insiden itu menyebabkan mangsa Abdullah Daud, 67 tahun yang beralamat di Kampung Tasek, Marang maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Ajil, Hulu Terengganu menghala ke Bukit Besi, Dungun.

Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Tag: warga emas, lori muatan simen, Kampung Kolam, Abdullah Daud, kemalangan, Kampung Tasek, Bukit Besi, Polis Daerah Hulu Terengganu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.