Tutup

Warga emas maut kereta bertembung treler

Warga emas maut kereta bertembung treler
Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Waja yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Beruas Padang Gajah, Trong di Taiping pada Sabtu. - Foto JBPM
TAIPING: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Beruas Padang Gajah, Trong, di sini pada Sabtu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.16 tengah hari.

"Setibanya jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping di tempat kejadian, didapati seorang lelaki yang memandu kereta Proton Waja tersepit di tempat pemandu.

"Mangsa, berumur 69 tahun, disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shariff Aziz itu tamat pada pukul 1.15 petang.
Keadaan treler yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Beruas Padang Gajah, Trong, di Taiping pada tengah hari ini. - Foto JBPM