announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Warga emas memandu mabuk ditahan di bandar peranginan terkenal

Warga emas memandu mabuk ditahan di bandar peranginan terkenal
Pemandu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor umur dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang warga emas selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Port Dickson malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 11.05 malam di Jalan Kampung Baru Sirusa itu, lelaki berusia 71 tahun berkenaan yang memandu kenderaan jenis Mercedes telah diarahkan berhenti oleh anggota polis bagi tujuan pemeriksaan.

"Setelah diarahkan berhenti, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemukan sebarang barang salah. Seterusnya, pemandu diarahkan menjalani ujian saringan penafasan bagi mengesan alkohol dan didapati bacaan ialah 236 mg alkohol dalam 100 ml darah.

"Pemandu itu kemudian dibawa ke pejabat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk menjalani sekali lagi ujian saringan penafasan menggunakan alat EBA-11 dan bacaan menunjukkan paras alkohol dalam darah ialah 211 mg alkohol dalam 100 ml darah, melebihi had ditetapkan iaitu 80 mg alkohol dalam 100 ml darah," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata pemandu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor umur dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


Tag: warga emas, polis, Op Mabuk, Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah pengaruh alkohol, memandu mabuk, berbahaya, untuk keselamatan, melulu, trafik, lelaki



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.