awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia ditangkap di Tawau bersama 10 juta Real Brazil disyaki palsu

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
08/08/2019
09:32 MYT
Warga Indonesia ditangkap di Tawau bersama 10 juta Real Brazil disyaki palsu
Zaini (dua dari kiri) menunjukkan not wang 10,000 BRL yang berjaya dirampas dalam tangkapan itu. - PDRM
Polis mencekup seorang lelaki warga Indonesia dan merampas kira-kira 10 juta Real Brazil (BRL) yang disyaki palsu dalam tangkapan di daerah Tawau, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 4 petang di kawasan jeti CIQ Tawau itu, suspek berusia 27 tahun tersebut ditahan bersama-sama beg dibawanya yang mengandungi 1,000 keping not dengan setiap satu kepingan bernilai 10,000 BRL.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, suspek itu difahamkan datang ke Tawau untuk menjual matawang BRL kepada seorang rakyat tempatan.
Beliau berkata, urusan kedua-dua individu itu bertukar buntu lalu suspek mengambil keputusan pulang semula ke Nunukan, Indonesia menggunakan feri di jeti CIQ Tawau sebelum berjaya ditahan pihak polis.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek telah datang daripada Nunukan dan tiba ke jeti CIQ Tawau kira-kira jam 11 pagi untuk bertemu seorang lelaki dikenali sebagai Real dengan tujuan untuk menjual matawang Real (BRL)1,000 keping ini dengan harga RM20,000.
"Bagaimanapun bila sudah berjumpa lelaki tersebut, dia tidak jadi menawarkan RM20,000 kerana dia sanggup bayar RM10,000 sahaja, oleh kerana itu tidak jadi, suspek mahu balik ke Nunukan Indonesia, semula," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Zaini berkata, pihaknya akan merujuk kesemua barang yang dirampas dalam kejadian itu ke Kedutaan Brazil di Kuala Lumpur bagi tujuan pengesahan lanjut.
"Salah satu sebab kita percaya ia palsu kerana sebahagian besar daripada wang ini mempunyai nombor siri yang sama," katanya.
Tambah beliau, suspek warga Indonesia yang ditahan sudah direman untuk tindakan lanjut dan polis masih mengesan sama ada ia melibatkan sindiket antarabangsa atau sebaliknya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki matawang kertas palsu yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#BRL
#duit palsu
#mata wang brazil
#PDRM
#polis
#Tawau
#wang palsu
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan