Warga Myanmar ditemui mati berlumuran darah

Warga Myanmar ditemui mati berlumuran darah
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah kedai di Batu Caves. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah kedai di Batu Caves.

Balai Polis Gombak memaklumkan telah menerima panggilan kira kira jam 5.35 petang mendakwa terdapat seorang lelaki dibunuh.

Pemeriksaan forensik menemui mayat mangsa di dalam koridor bilik. Beberapa kesan tetakan di tangan dan dada turut ditemukan.

Menurut polis, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti.

Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Taware, Balai Polis Batu Caves, mangsa yang berusia 34 tahun merupakan pemegang kad UNHCR, iaitu pelarian yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Gombak ASP Satisyaseelan di talian 03 6126 2222 atau 012 519 7913.




Tag: lelaki warga Myanmar, ditemui mati, kesan tetakan, Batu Caves, Balai Polis Gombak, Seksyen 302 Kanun Keseksaan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.