awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga pendidik yang sertai perhimpunan haram akan dikenakan tindakan

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2015
09:16 MYT
Warga pendidik yang sertai perhimpunan haram akan dikenakan tindakan
MAHDZIR: Sebagai warga pendidik khususnya guru, mereka sedia maklum bahawa masing-masing tertakluk kepada ikrar melalui perintah am sebagai penjawat awam - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Warga pendidik yang dikesan terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang termasuk perhimpunan haram, perlu menanggung sendiri akibat perbuatan itu.
Ketegasan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menarik perhatian bahawa perbuatan itu jelas terbukti menyalahi etika penjawat awam.
Mengulas pembabitan golongan pendidik khususnya guru dalam perhimpunan Bersih 4, beliau berkata, mereka kemungkinan besar dikenakan tindakan.
Beliau menambah, sebagai warga pendidik khususnya guru, mereka sedia maklum bahawa masing-masing tertakluk kepada ikrar melalui perintah am sebagai penjawat awam.
Dalam hal ini, mereka adalah jelas tidak boleh melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang.
Mahdzir berkata, warga pendidik wajar sedar bahawa mereka dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan.
Mereka dianggap tidak berlaku adil apabila masih bertindak menentang dan menghentam kerajaan.
Topic Berkaitan
#guru
#Mahdzir Khalid
#Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan