announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Warga Thai cedera, motosikal jatuh 30 meter ke dalam gaung

Warga Thai cedera, motosikal jatuh 30 meter ke dalam gaung
Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam gaung tersebut ketika sedang menaiki motosikal. - Foto ihsan JBPM
PENGKALAN HULU: Seorang lelaki warganegara Thailand cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 kaki (30 meter) di Gua Gendang, Kampung Tasek pada Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 7 malam.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Pichet, 50 terjatuh ke dalam gaung berkenaan ketika menunggang motosikal.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang mangsa lelaki warganegara Thailand terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 kaki.

"Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh bomba sukarela dan penduduk kampung dan mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba kemudiannya membantu dengan memberi rawatan awal dan menghantar mangsa ke klinik untuk rawatan susulan.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Fairus Nordin itu tamat pada jam 7.35 malam.



Tag: Pichet, motosikal jatuh gaung, warga Thailand, Gua Gendang, Kampung Tasek, BBP Pengkalan Hulu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.