Waris kepada dua korporat terbesar di Malaysia – Naza Group dan Berjaya Group – mengumumkan telah bertunang pada Jumaat.

SM Faliq SM Nasimuddin, 32, dan Chryseis Tan, 29, turut mengumumkan tarikh perkahwinan mereka di laman sosial, menerusi akaun Instagram.

Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.

30.6.2017 ❤️

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on


Mereka dikhabarkan sudah beberapa tahun mengenali diri masing-masing.

Nasimuddin semasa hayatnya menubuhkan syarikat Naza Group of Companies pada sekitar 1980-an bagi membangunkan sektor automotif, pembinaan dan perniagaan hartanah.


Vincent Tan pula merupakan jutawan terkenal di negara ini, membina kekayaan di dalam pelbagai perniagaan menerusi syarikatnya, Berjaya Group.

Perkahwinan kedua mempelai ini bukan sahaja akan menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara, malah akan membentuk sebuah konglomerat terbesar di Malaysia, dalam bentuk aset, sekiranya terdapat penyatuan korporat di antara Naza Group dan Berjaya Group.

Faliq memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza TTDI Sdn Bhd, manakala Chryseis adalah Ketua Eksekutif (CEO) Berjaya Times Square.