Waris penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 berhubung dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mendapatkan khidmat kaunseling tatkala ulang tahun kehilangan pesawat itu pada 8 Mac menghampiri.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata beliau sudah mengarahkan kesemua kaunselor kementerian itu untuk melayan dan memberi segala sokongan yang diperlukan waris penumpang dan kru pesawat berkenaan.
"Ada famili sudah telefon untuk kaunseling. Dia dah rasa tidak sedap hati. Mereka perlukan bantuan, dia hendak cakap dengan kaunselor. Keluarga penumpang dan kru rapat dengan kaunselor. Mereka boleh telefon bila-bila masa.
"Saya minta kaunselor saya untuk layan (keluarga MH370) sebab tidak ada siapa mereka hendak cakap. Keluarga MH370 dan kaunselor KPWKM kini sudah ada satu bonding (rapat) dan kepercayaan antara satu sama lain," katanya.
Rohani berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai sokongan yang diberi KPWKM kepada keluarga kru dan penumpang MH370 menjelang setahun kehilangan pesawat berkenaan Ahad ini.
Beliau berkata penglibatan KPWKM dalam kehilangan MH370 adalah setakat memberi sokongan kaunseling sahaja dan kerajaan tidak mengadakan apa-apa upacara khas sempena genap setahun kehilangan pesawat berkenaan Ahad ini.
MAS HARAP MISTERI TERUNGKAI MENJELANG ULANGTAHUN PERTAMA
Katanya hubungan yang terjalin sejak kehilangan pesawat berkenaan setahun lalu membolehkan keluarga penumpang dan kru MH370 menghubungi kaunselor KPWKM pada bila-bila masa kini untuk meluahkan perasaan.
"Pegawai saya sentiasa bersiap sedia untuk dipanggil. Sebelum ini keluarga penumpang dan kru banyak menyuarakan kebimbangan kepada kaunselor seandainya pencarian MH370 ditamatkan," katanya.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas.
##SETAHUNMH370: KONGSI INGATAN ANDA
Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
Bernama
Thu Mar 05 2015
ROHANI: Waris penumpang, krew MH370 dapatkan kaunseling menjelang ulang tahun kehilangan - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Sisterhood bimbing wanita bermasalah menerusi kaunseling syarie
Wanita yang berhadapan dengan masalah kehidupan akan dibimbing menerusi program Kaunseling Syarie dan Usrah Interaktif Kumpulan Sisterhood.
Kaunselor main peranan penting bimbing pelajar ketahui hala tuju selepas SPM
Kaunselor dilatih untuk memahami keperluan majikan pada masa akan datang supaya boleh membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.
Pakar psikiatri, pegawai psikologi atau kaunselor: Sama atau berbeza?
Pakar psikiatri boleh memberikan preskripsi ubatan kepada pesakit manakala pegawai piskologi tidak boleh berbuat demikian.
PIBG bukan lubuk ibu bapa buat untung! - Halimah Said
Ibu bapa tidak seharusnya mengambil peluang menyertai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (untuk mencari peluang membuat untung, kata Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul.
Perbuatan membuli, keganasan di kalangan pelajar perlu dikawal - Lam Thye
Lee berkata secara umum, boleh dikatakan setiap hari keganasan dalam beberapa bentuk dilakukan sama ada di rumah, sekolah atau tempat lain.
JKM beri kaunseling mangsa terselamat kejadian tanah runtuh di Tongod
Pegawai JKM Daerah Tongod Nuslindah Imbaran berkata dua mangsa berkenaan adalah Abdul Bin Kahalayan, 50, dan anak lelakinya Julaslam, 19.
'Kami gembira dapat kembali' - Kaunselor Kedutaan Malaysia di Pyongyang
Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain, selamat tiba bersama isteri Iza Karmila Ramli, dan tiga anak mereka.
Wakil kedutaan Korea Utara di Ibu Pejabat Imigresen dipercayai untuk urusan pengusiran
Kehadiran Kaunselor Kedutaan Korea Utara Kim Yu Song di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini hari ini menjadi tumpuan.
Pakar psikologi 'on-call' dicadang bantu bomba kendali kes bunuh diri
Pakar Psikologi dari Universiti Malaya berkata, kes cubaan bunuh diri sepatutnya dikendalikan kaunselor atau pakar psikologi bagi memastikan teknik memujuk suspek berjaya.
Khidmat kaunselor dicadang bantu bomba 'pujuk' suspek bunuh diri - Bomba
Kerajaan dicadang menyediakan pakar psikologi di setiap balai-balai bomba dan penyelamat bagi menangani kes cubaan bunuh diri di negara ini.