awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warna ketidaksamaan ekonomi masyarakat Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2014
03:58 MYT
Warna ketidaksamaan ekonomi masyarakat Malaysia
Pengarah Kajian, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata dasar afirmatif perlu segera dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah - Foto Astro AWANI
Jurang ketidaksamarataan ekonomi rakyat Malaysia semakin ketara antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.
Apa yang dibimbangkan, ketidaksamarataan itu kekal sebagai status quo jika tiada sebarang dasar segera dilaksanakan untuk mengubahnya.
Pengarang buku ‘The Colour Of Inequality’ - Dr Muhammed Abdul Khalid yang juga Pengarah Kajian Intitut Kajian Khazanah dalam Agenda Awani pada Isnin berkata dasar afirmatif perlu segera dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Dr. Muhammed juga berkata bagi cabaran mengubah ketidaksamaan itu, perlaksanaan dan pengagihan kekayaan perlu ada polisi bagi mengurangkan kemiskinan, dan memberi keupayaan pemilikan aset kepada rakyat.
Dengan fokus utama, memastikan rakyat Malaysia mencapai peluang untuk memiliki kerjaya, pemilikan aset dan pendidikan sama rata.
Tambahnya, bagi meningkatkan taraf hidup rakyat agar mampu menyimpan dan memiliki aset, polisi pendidikan dan pekerjaan perlu dikaji semula.
Kajian dalam buku ‘The Colour Of Inequality' turut mengariskan beberapa realiti iaitu lebih 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan.
80 peratus rakyat yang berpendapatan rendah pula cuma miliki 5.5 peratus dari aset kewangan negara.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Dr Muhammed Abdul Khalid
#ketidaksamarataan ekonomi
#The Colour Of Inequality
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan