awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wawasan Kemakmuran Bersama: Kekayaan rakyat lebih mapan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/10/2019
04:40 MYT
Wawasan Kemakmuran Bersama: Kekayaan rakyat lebih mapan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 5 Oktober lalu. - Foto Bernama
Pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) akan menjadi hala tuju baharu kerajaan selepas kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menerusi WKB, ia akan menjadikan kekayaan rakyat lebih mapan terutama kepada mereka yang mendapat peluang.
“Ahli Yang Berhormat menyebutkan kesalahan yang dilakukan dulu menyebabkan gagalnya wawasan yang dicipta pada masa itu. Segala kesalahan ini akan dihapuskan apabila kita laksanakan WKB.
“Kita tahu sekarang ini, sebab-sebab (mengapa) DEB telah gagal mencapai matlamatnya. Menerusi WKB, kita tentukan bahawa mereka yang akan mendapat peluang, akan berupaya untuk menggunakan peluang itu sepenuhnya.
“Hanya yang kita minta ialah supaya ada kesanggupan rakyat untuk menerima dasar ini yang bukan lg utk memberi kekayaan yang mudah dengan segera, tetapi memberi kekayaan yang lebih mapan dan boleh meningkat sepanjang masa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Jelasnya, Kerajaan akan memastikan bahawa WKB bukan hanya memberi peluang, tetapi menentukan peluang yang diberi mencapai hasil seperti yang ditentukan.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR - Setiawangsa) mengenai bagaimana pendekatan WKB dapat mengatasi kekurangan yang ada dalam dasar terdahulu seperti membolot harta dan salah guna serta kerosakan terhadap institusi Bumiputera.
Dr Mahathir menegaskan, menerusi wawasan itu, kerajaan berhasrat melahirkan generasi Bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral integriti, bersikap rajin berusaha dan bermaruah serta bersemangat kental nasionalis yang ingin menyelamatkan negara, tanpa bergantung kepada orang asing.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Dasar Ekonomi Baru
#DEB
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#integriti
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Nik Nazmi
#Perdana Menteri
#PKR
#rakyat
#Wawasan 2020
#Wawasan Kemakmuran Bersama
#WKB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan