Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy sedang berusaha melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas mereka sebagai menteri.
"Saya berpuas hati. Mereka sedang melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam bertema 'Malam Istimewa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali' di sini, Jumaat malam.
Sebelum ini, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin dilapor memberitakan 'nasihat' melalui catatan di blognya kepada Waytha Moorthy dan Maszlee Malik berhubung prestasi masing-masing sejak kebelakangan ini.
Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Dr Siti Hasmah, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Mohamad dan Presiden MMA Dr Mohamed Namazie Ibrahim.
Dr Mahathir turut ditanya keputusan Mahkamah Pilihan Raya hari ini yang mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, adalah terbatal dan tidak sah.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata gabungan berkenaan akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu yang mungkin menjurus kepada soal menentukan calon bagi kerusi berkenaan.
"Awal lagi. Kita akan memilih seseorang. Kita ada ramai calon untuk dipilih," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sememangnya bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat termasuk dari segi ubat-ubatan.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MMA manakala Dr Siti Hasmah diberi penghargaan sebagai Anggota Kehormat MMA.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 30 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas Majlis Makan Malam Persatuan Perubatan Malaysia, malam tadi. - Foto BERNAMA
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belasungkawa Sabbaruddin Chik: 'Allahyarham rakan yang baik, sosok hebat' - Kadir Jasin
Kadir menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya satu lagi kehilangan besar buat negara.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Majlis Media Malaysia menghampiri realisasi
Akhirnya penubuhan Majlis Media Malaysia akan direalisasikan.
"Apa alasan SPRM? Kenapa cetuskan ribut?" - Rais, Kadir bimbang pendedahan SPRM
Dua anggota Majlis Tertinggi Bersatu meluahkan kebimbangan mereka berhubung tindakan SPRM dedah rakaman perbualan konspirasi.
Media arus perdana perlu diyakini berbanding media sosial - Kadir Jasin
Media arus perdana masih merupakan sumber utama berita, benar dan perlu diyakini berbanding media sosial, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin.
Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
A. Kadir Jasin mempersoalkan kewajaran kerajaan memberi kebenaran terhadap cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini.
AirAsia mampu selamatkan MAB daripada berkubur - Kadir Jasin
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AirAsia) dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Tangkapan Jho Low: Jangan beri harapan palsu lagi - Kadir Jasin
Kadir Jasin menasihatkan rakyat Malaysia tidak mensensasikan berita palsu yang tersebar semalam mendakwa Jho Low telah ditangkap dan mungkin akan dibawa balik ke Malaysia.
Anggota Kabinet PH sekali lagi ditegur Kadir Jasin
TOKOH Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin sekali lagi menegur anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbaln menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar belajar memperbaiki kelemahan diri.
Penubuhan MTE bukan sebab PM kecewa prestasi menteri - Azmin
Majlis itu terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat.