awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waytha Moorthy letak jawatan Pengerusi Hindraf, tubuh parti untuk masyarakat India

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2019
05:31 MYT
Waytha Moorthy letak jawatan Pengerusi Hindraf, tubuh parti untuk masyarakat India
Waytha Moorthy etak jawatan sebagai pengerusi Hindraf untuk beri tumpuan pada parti politik yang diasaskannya, Malaysian Advancement Party. - Gambar fail
Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan mengumumkan pembentukan parti politik baharu untuk memperjuangkan kepentingan kaum India.
Menurut Waytha, parti baharu yang diasaskannya ialah Malaysian Advancement Party (MAP) yang telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
MAP, kata beliau, akan berperanan mempertahankan kepetingan kaum India di negara ini khususnya dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, agama dan sosial.
“Sebagai sebuah gerakan rakyat, parti ini akan memainkan peranan penting mengembalikan harapan dan peluang bawah kerajaan Pakatan Harapan supaya masyarakat India Malaysia diwakili secara berkesan,” kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan.
Jelas beliau, MAP juga akan menyertai secara positif dan konstruktif bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan agenda kemakmuran dikongsi bersama di bawah pentadbiran Malaysia Baharu.
Susulan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Hindraf, beliau berkata, pengerusi baharu kumpulan itu akan dilantik dalam satu mesyuarat agung khas.
Topic Berkaitan
#Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu
#hindraf
#Malaysian Advancement Party
#tubuh parti untuk masyarakat India
#Waytha Moorthy letak jawatan Pengerusi Hindraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan