awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waytha serah surat letak jawatan kepada Najib

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
10/02/2014
10:35 MYT
Waytha serah surat letak jawatan kepada Najib
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (HINDRAF) P. Ramesh, melalui satu kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman Facebook HINDRAF.
“HINDRAF ingin memaklumkan media dan orang ramai bahawa pada 10 Februari, 2014, pada pukul 5.05 petang, P.Waytha Moorthy telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri untuk melepaskan dia dari kedudukannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Dalam surat meletakkan jawatan, beliau telah menjelaskan sebab-sebab untuk melepaskan tugasnya daripada pentadbiran sekarang,” kata Ramesh.
Walau bagaimanapun, Yang Di Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini memberitahu Astro AWANI bahawa beliau tidak menerima sebarang surat perletakkan jawatan daripada Waytha.
Abu Zahar berkata beliau juga tidak menerima apa-apa panggilan telefon daripada Waytha untuk menyatakan hasratnya itu.
“Saya hanya tahu tentang hasratnya selepas membaca beberapa laporan daripada suratkhabar. Saya tidak menerima panggilan telefon darinya.
“Sebagai seorang senator dan peguam, saya pasti Waytha tahu peraturan dan perlembagaan yang beliau perlu menghantar surat secara rasmi sekiranya hendak meletakkan jawatannya,” katanya kepada Astro AWANI.
Pada Sabtu, Waytha dilaporkan akan meletak semua jawatan dalam kerajaan, termasuk Senator, berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu turut disahkan oleh Ramesh.
Menurut Ramesh, Waytha memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.
Waytha dilantik sebagai senator dan timbalan menteri oleh Najib Razak selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu.
Topic Berkaitan
#hindraf
#letak jawatan
#P. Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan