Tutup

Waytha telah diberi peluang, tapi mensia-siakannya - A Kadir Jasin

Waytha telah diberi peluang, tapi mensia-siakannya - A Kadir Jasin
KADIR: Waytha telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya.
KUALA LUMPUR: Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan sentimen umum bahawa P. Waytha Moorthy telah hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya, sentimen umum tersebut diakuinya, lebih-lebih lagi apabila Waytha merupakan menteri yang menjaga perpaduan nasional.
"Beliau telah menjadi watak yang memecahbelahkan (divisive).

"Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Tun berkata beliau 'puas hati' dengan Waytha.
"Minta maaflah kalau saya kata, Waytha telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya," ujarnya.

Kenyataan itu mempunyai kaitan dengan insiden kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, akibat diserang ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield 26 November lalu.


Tag: a kadir jasin, waytha moorthy, perpaduan nasional


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.