Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan amaran bertulis terhadap seorang guru besar di Sabah dan menukarkannya ke sekolah lain berikutan tindakannya memuat naik video lucah dalam satu kumpulan WhatsApp.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan itu telah diambil melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
"Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada di Kementerian Pendidikan," katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Teo mahu mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap guru yang mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.
Kamalanathan berkata hasil penyiasatan dan temu bual Pejabat Pelajaran Daerah dengan guru besar itu mendapati dia merupakan seorang daripada pentadbir dalam kumpulan WhatsApp dan bukannya individu yang mewujudkannya.
Beliau berkata guru besar terbabit turut menjelaskan bahawa kewujudan kumpulan WhatsApp itu adalah untuk perkara-perkara lain dan bukannya berkaitan dengan pedagogi (pengajaran) dan pendidikan.
"Guru besar itu telah mengakui kesilapannya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil," kata Kamalanathan.
Beliau berkata, pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga tidak menolak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana guru lain yang terlibat sekiranya menjejaskan bidang pendidikan dan hal ehwal pelajar. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2016
KAMALANATHAN: Guru besar itu telah mengakui kesilapannya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil. -Gambar fail
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.0 peratus.
Prasarana diarah buat kajian kawasan jajaran rel berisiko pokok tumbang
MOT mengarahkan Prasarana supaya menjalankan kajian mendalam kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel.
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Korea Selatan mahu tangani kadar kelahiran antara terendah dunia
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mahu mewujudkan kementerian baharu bagi menangani masalah kadar kelahiran rendah di negara berkenaan iaitu terendah di dunia sekali gus kini semakin menghampiri krisis demografi.
Isu kesesakan CIQ BSI, KSAB perlu diselesai tanpa kompromi - Tunku Mahkota Ismail
Isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) perlu diselesaikan tanpa kompromi.
Pelaksanaan GST 2.0 untuk pulihkan pendapatan negara - Thian Lai
Beliau berkata demikian apabila ketika NEF 2024 dalam membentuk landasan ekonomi negara ke arah global.
PTG Selangor ganti plot tanah milik keluarga Amar Baharin
PTG Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.
Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik - Loke
Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa kapal didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan di negara ini sudah bertukar hak milik.
Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.
Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.