Kementerian Luar berkata ia tidak berjaya untuk menghalang Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian daripada melawat Pelabuhan Johor Bahru pada 9 Jan lepas dalam lawatan yang Singapura mendakwa Osman telah menceroboh perairan wilayahnya apabila membuat lawatan tersebut.
Wisma Putra telah berulang kali menghubungi pejabat menteri besar untuk menasihati beliau supaya tidak membuat perjalanan itu selepas dimaklumkan mengenai lawatan tersebut hanya pada 9 Jan tetapi pada masa itu, Osman sudahpun berada dalam sebuah kapal dan menuju ke pelabuhan tersebut, kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Singapura mendakwa bahawa Osman telah menceroboh perairan wilayahnya dan mengemukakan bantahan melalui nota diplomatik kepada Wisma Putra bertarikh 11 Jan dan juga meminta penangguhan mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadualkan pada 14 Jan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata sebaik dimaklumkan oleh sebuah agensi penguatkuasa Malaysia pada pagi 9 Jan mengenai lawatan Osman yang dirancang, para pegawai kementerian di bawah nasihat Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, segera dan berulang kali menghubungi pejabat menteri besar dan menyampaikan pesanan supaya tidak meneruskan lawatan tersebut.
Wisma Putra berkata, kementerian bimbang bahawa lawatan tersebut adalah tidak produktif selepas mesyuarat dua hala antara menteri luar Singapura dan Malaysia sehari sebelumnya telah membuahkan hasil yang positif lagi konstruktif.
Pada 8 Jan, menteri luar dari kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja yang akan mengkaji dan membincangkan hal-hal perundangan dan operasi untuk meredakan situasi dan menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut.
Kenyataan Wisma Putra hari ini adalah susulan kenyataan oleh Osman yang menjelaskan bahawa restu tidak rasmi telah diperoleh daripada Saifuddin dan timbalannya sebelum meneruskan lawatan yang dirancang ke Pelabuhan Johor Bahru di perairan wilayah Malaysia.
Osman juga dilaporkan menegaskan bahawa beliau tidak menceroboh perairan Singapura dan apa yang dilakukannya ialah memerhatikan pasukan keselamatan Malaysia menjalankan tugas mereka.
"Tanpa menghiraukan perkembangan baru-baru ini, kementerian ingin menumpukan usahanya kepada kumpulan kerja dan berharap untuk menjadi hos bagi mesyuarat pertama akhir bulan ini sebagai bukti komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Singapura berdasarkan prinsip kesamaan dan saling menghormati, " kata kenyataan Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 18 2019
Osman yang menjelaskan bahawa restu tidak rasmi telah diperoleh daripada Saifuddin dan timbalannya sebelum meneruskan lawatan yang dirancang ke Pelabuhan Johor Bahru di perairan wilayah Malaysia. - Gambar fail/Foto BERNAMA
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
SPRM, NAZAHA Arab Saudi teroka ruang kerjasama perangi rasuah peringkat global
Tan Sri Azam Baki dalam ucapannya berharap MoU tersebut dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu lebih tegas perjuang kedaulatan maritim negara
Ketiadaan tindakan konkrit dari Malaysia dalam menghadapi pelanggaran ini memunculkan pertanyaan penting mengenai strategi keamanan maritim.
Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.
Delegasi AS sekali lagi ke Taiwan
Rombongan itu adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan dua minggu selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.
COVID-19: Malaysia bakal terima 1 juta dos vaksin sumbangan UAE - Hishammuddin
Sumbangan itu bakal meningkatkan lagi kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pihaknya akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit
Najib percaya duit dalam akaunnya datang dari Raja Arab Saudi, bukan SRC International - Peguam
Najib mempunyai kepercayaan wang RM42 juta tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan dana politik dari keluarga diraja Arab Saudi.