awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra pandang serius rakyat Malaysia dikuarantin di India

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
04/04/2020
07:39 MYT
Wisma Putra pandang serius rakyat Malaysia dikuarantin di India
Hishammuddin berkata, Wisma Putra telah berhubung dengan kerajaan India bagi mendapatkan punca sebenar disebalik kejadian tersebut. - Gambar Astro AWANI
WISMA Putra memandang serius isu melibatkan rakyat Malaysia yang dikuarantin di India dan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut dalam tempoh terdekat. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan kerajaan India bagi mendapatkan punca sebenar di sebalik kejadian tersebut. “Saya telah dimaklumkan bahawa mereka telah dikuarantin oleh pihak berkuasa India kerana berada di Markaz Nizamudin iaitu sebuah kawasan di India berhampiran dengan tempat perhimpunan tabligh dan berisiko tinggi penularan COVID-19.
Wisma Putra telah berhubung dgn Kerajaan India. Mereka berjanji akan beri perhatian & kerjasama sepenuhnya dlm perkara ini. @MalaysiaMFA mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin & akan dapatkan sebab sebenar di sebalik kejadian ini. Semoga usaha ini dipermudahkan, insyaAllah.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 4, 2020
“Wisma Putra juga telah berhubung dengan kerajaan India dan mereka berjanji akan beri perhatian serta kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Sabtu.
Wisma Putra telah berhubung dgn Kerajaan India. Mereka berjanji akan beri perhatian & kerjasama sepenuhnya dlm perkara ini. @MalaysiaMFA mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin & akan dapatkan sebab sebenar di sebalik kejadian ini. Semoga usaha ini dipermudahkan, insyaAllah.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 4, 2020
Baru-baru ini tular dalam media sosial rakaman video berdurasi 4 minit 35 saat menunjukkan keadaan rakyat Malaysia yang dikuarantin di sebuah sekolah di India berada dalam keadaan tidak terjaga tanpa dibekalkan keperluan asas termasuk makanan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#media sosial
#perhimpunan
#rakyat Malaysia
#sekolah
#Twitter
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan