awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra panggil Duta Besar China mengenai isu pencerobohan Laut China Selatan

Bernama
Bernama
31/03/2016
23:19 MYT
Wisma Putra panggil Duta Besar China mengenai isu pencerobohan Laut China Selatan
Duta Besar China Dr Huang Huikang (gambar) dipanggil untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan terdapat sejumlah besar bot nelayan China di kawasan perairan Malaysia, di Laut China Selatan. - Gambar fail
Kementerian Luar semalam memanggil Duta Besar China Dr Huang Huikang berikutan laporan terdapat sejumlah besar bot nelayan China di kawasan perairan Malaysia, di Laut China Selatan.
Wisma Putra dalam kenyataan di sini berkata, ia memanggil Dr Huang untuk mendapatkan penjelasan dan memaklumkan mengenai kebimbangan Malaysia berhubung perkara berkenaan.
"Kementerian ingin mengesahkan laporan bahawa terdapat sebilangan besar bot nelayan dengan bendera China dilihat di kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan.
"Berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia, bot nelayan dengan bendera China diiringi oleh kapal pengawal pantai China semasa berkemudi di kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Wisma Putra percaya bahawa hubungan persahabat yang akrab dan lama antara Malaysia dan China telah menyebabkan perkongsian strategik yang komprehensif dengan kedua-dua pihak saling menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah, manfaat bersama serta keamanan yang telah lama wujud.
"Dalam hubungan ini, Malaysia yakin bahawa keihklasan dan hubungan muhibah, Malaysia dan China akan dapat mencari penyelesaian yang baik dalam isu berkaitan antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#China
#duta besar china
#Huang Huikang
#kedutaan China
#Kementerian Luar
#Laut China Selatan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan