MALAYSIA
Wisma Putra pantau situasi susulan insiden letupan di Manchester

Pihak kementerian menasihati warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan. -Reuters
Kementerian Luar Negeri sedang memantau situasi susulan insiden letupan di Manchester Arena, England pada Malam Isnin.
Dalam kenyataannya pada Selasa, pihak kementerian menasihati warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London,
45-46, Belgrave Square, London SW1X8QT.
Telefon: +44 207 235 8033
Emel: [email protected]
Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri turut menzahirkan ucapan takziah kepada pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak Polis Manchester mengesahkan 19 maut manakala lebih 50 lagi cedera dalam insiden letupan selepas konsert Ariana Grande tamat sekitar jam 10:33 malam waktu tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami