awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra terima 355,500 topeng muka, sumbangan kewangan RM250,000

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/04/2020
07:10 MYT
Wisma Putra terima 355,500 topeng muka, sumbangan kewangan RM250,000
Hishammuddin berkata bantuan tersebut juga telah dan akan disalurkan kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra. Gambar/ Wisma Putra
Wisma Putra melalui Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) telah menerima sumbangan peralatan perubatan daripada pelbagai pihak membabitkan lebih 355,500 penutup hidung dan mulut selain dana berjumlah RM250,000.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inisiatif itu diwujudkan bertujuan membuka peluang kepada semua pihak termasuk individu, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyumbang bantuan bagi kegunaan Wisma Putra sepanjang krisis COVID-19.
Tambahnya, bantuan tersebut juga telah dan akan disalurkan kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra di dalam negara serta di Perwakilan Malaysia di luar negara.
“MDES juga diwujudkan kerana Wisma Putra tidak mahu menambah beban kerajaan yang perlu menyalurkan bantuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra.
selain peralatan perubatan serta wang ringgit, banyak pihak turut memberi kata-kata semangat, ucapan penghargaan dan ungkapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra. - Foto Wisma Putra
Selain peralatan perubatan serta wang ringgit, banyak pihak turut memberi kata-kata semangat, ucapan penghargaan dan ungkapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra. - Foto Wisma Putra
“Ini kerana, Wisma Putra faham bahawa petugas barisan hadapan COVID-19 di Malaysia khususnya petugas kesihatan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih memerlukan serta perlu diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, ujarnya bantuan itu akan memastikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara menerima bantuan konsular dan kebajikan yang sebaiknya daripada Perwakilan Malaysia termasuk makanan dan barangan keperluan asas yang mencukupi.
Tambahnya, selain peralatan perubatan serta wang, banyak pihak turut memberi kata-kata semangat, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan Wisma Putra.
Beliau percaya, sumbangan dan sokongan melalui pelbagai cara ini berupaya mengukuhkan lagi tekad barisan hadapan Wisma Putra untuk terus melakukan yang terbaik khususnya demi membantu rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara.
Selain kerajaan China dan sebuah syarikat di Jepun iaitu JAGAM (Tokyo Chapter) and Jounan Shoji Co. Ltd, pihaknya turut menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan individu. - Foto Wisma Putra
Selain kerajaan China dan sebuah syarikat di Jepun iaitu JAGAM (Tokyo Chapter) and Jounan Shoji Co. Ltd, pihaknya turut menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan individu. - Foto Wisma Putra
Selain kerajaan China dan syarikat di Jepun iaitu JAGAM (Tokyo Chapter) serta Jounan Shoji Co. Ltd, Hishammuddin hari ini turut menerima sumbangan seperti berikut:
  • Perfect China Co. Ltd – 300,000 topeng muka
  • The Weststar Group – 30,000 topeng muka
  • China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd – 8,000 topeng muka
  • Malaysia-Myanmar Business Commerce – 7,500 topeng muka
  • Anonymous – RM150,000
  • Roadcare (M) Sdn. Bhd. – RM50,000
  • Tan Sri Francis Lau Tuang Guang – RM50,000
Topic Berkaitan
#China
#COVID19
#Hishammuddin Hussein
#Jepun
#kesihatan
#koronavirus
#NGO
#perubatan
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan