awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
Kurikulum baharu prasekolah tumpu enam bidang utama - Fadhlina
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra tidak pernah diskriminasi - Timbalan Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/03/2020
04:36 MYT
Wisma Putra tidak pernah diskriminasi - Timbalan Menteri
Kamarudin memberitahu, Wisma Putra sedang berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi membawa rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara kembali ke tanah air.
Kementerian Luar menegaskan tidak pernah mengamalkan dasar diskriminasi terhadap mana-mana pihak dalam proses membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sekatan berkaitan COVID-19.
Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau mengambil maklum dakwaan segelintir netizen kononnya Wisma Putra lebih mengutamakan rakyat Malaysia yang berada di negara tertentu berbanding negara lain.
"Perlu saya jelaskan, sebahagian negara masih membenarkan pesawat komersial keluar masuk ke negara terbabit.
"Maka, perwakilan Malaysia di lnegara itu membantu kita mendapatkan jadual penerbangan baharu ke Malaysia dan ia tidak membabitkan penghantaran pesawat sewa khas ke negara tersebut," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Jumaat.
Kamarudin menambah, bagi negara yang tidak membenarkan pergerakan keluar masuk pesawat komersial, Wisma Putra berusaha mendapatkan peruntukan tambahan sebanyak lebih RM19 juta bagi membawa rakyat Malaysia yang terkandas pulang.
"Saya juga ingin maklumkan bahawa jumlah ini tidak terpakai untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Amerika Syarikat dan United Kingdom," ujarnya.
Ini kerana, katanya, masih ada penerbangan komersial keluar masuk di kedua-dua negara itu.
"Jadi, saya merayu kepada rakyat kita di luar untuk mendapatkan penerbangan pulang secepat mungkin sebelum sekatan perjalanan dan penggantungan penerbangan berkuat kuasa.
"Dalam hal ini, saya ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia supaya berdaftar dengan pihak kedutaan kita bagi membolehkan bantuan sewajarnya diberikan," katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID19
#Kamarudin Jaffar
#penerbangan
#Putrajaya
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan