Datuk Seri Wong Chun Wai meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Media Star (SMG) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa Januari 2019 selepas lebih dekad berkhidmat di syarikat itu.

Menurut laporan The Star, syarikat itu bagaimanapun mengekalkan Chun Wai sebagai penasihat kumpulannya di bahagian editorial dan hubungan korporat.

Chun Wai, 57 tahun, pernah menjadi ketua pengarang kumpulan sebelum dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Star pada Mac 2010.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai CEO Kumpulan Media Star pada 2013.

Chun Wai yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan akhbar berkenaan selama 29 tahun mula menimba pengalaman dalam bidang korporat setelah dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat berkenaan.