awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

World #QuranHour berlangsung hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2018
03:58 MYT
World #QuranHour berlangsung hari ini
Selain UIAM, lebih 1,200 lokasi lain turut telah berdaftar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta 67 lokasi di 32 buah negara.- Foto Facebook/ WorldQuranHour
Program World #Quran Hour yang memasuki edisi ketiga berlangsung hari ini.
Bertempat di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, orang ramai sudah mula hadir bagi memberikan sokongan.
Dijangkakan, tetamu diraja, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan berangkat ke sini pada jam 11.30 pagi.
Program akan bermula pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan bacaan surah Al Fatihah ayat 1-5 dan surah Al Baqarah ayat 1-7.
World #Quran Hour akan diteruskan dengan Solidariti Ngaji diikuti dengan interaksi dengan al-Quran oleh pembawa panji-panji Hujurat dengan konsep Baca, Tadabbur dan Tazakkur.
Seterusnya diikuti dengan Iqrar Quran dan doa sebelum semua peserta menunaikan solat Zuhur.
Menurut pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, sekiranya semua umat Islam berpegang kepada tali ALLAH, pastinya tiada persengketaan meskipun terdapat perbezaan.
“Sekarang ini kita terlalu banyak perbezaan tapi melalui al-Quran kita menjadi satu, semua orang baca al-Quran yang satu.
“Dalam al-Quran ada ajar tentang akhlak, nilai-nilai dan kalau kita berpegang pada ajaran itu, kita tidak akan bertelingkah malah jika ada perbezaan kita boleh meraikannya dan berhujah dengan baik,” katanya.
Orang ramai dijemput hadir dengan membawa al-Quran terjemahan masing-masing.
Selain UIAM, lebih 1,200 lokasi lain turut telah berdaftar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta 67 lokasi di 32 buah negara.
Ramai pimpinan daripada parti politik dan NGO akan turut sama menyertai program interaksi bersama al-Quran ini antaranya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan ramai lagi.
Acara ini akan bersiaran secara langsung melalui pelbagai platform termasuk FB Live Sinar Harian, Astro Oasis, TV IKIM dan TV ALHIJRAH.
Topic Berkaitan
#Hussamuddin Yaacub
#Sultan Nazrin Shah
#UIAM
#World Quran Hour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan