Tutup

WSC2019: Malaysia raih 9 Medallion of Excellence

WSC2019: Malaysia raih 9 Medallion of Excellence
Kontinjen Malaysia membawa pulang sembilan pingat Medallion of Excellence pada Kejohanan Kemahiran Dunia Kazan 2019 (WSC2019) yang berakhir malam tadi. -Astro AWANI
KAZAN: Kontinjen Malaysia membawa pulang sembilan pingat Medallion of Excellence pada Kejohanan Kemahiran Dunia Kazan 2019 (WSC2019) yang berakhir malam tadi.
 
Peserta negara berjaya mencapai tahap kompentensi sembilan bidang kemahiran dan melepasi modul bidang masing-masing.

Sementara itu, peserta negara Hanafi Osman yang mengambil bahagian dalam bidang kemahiran fesyen teknologi berjaya memasuki tahap ‘Best of Nation'.

Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC2019) yang diadakan bermula 22 Ogos 2019 hingga semalam di Kazan, Rusia diwakili 24 peserta negara yang telah menunjukkkan prestasi cemerlang dalam 19 acara bidang kemahiran yang dipertandingkan.

Dalam penyertaan pada 2018 di Abu Dhabi, UAE, negara berjaya meraih dua pingat gangsa dan sembilan Medallion of Excellence.

 
Semalam, bagi kategori World Junior Skills, peserta negara Aiman Afiq Suradi berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih pingat gangsa dalam bidang kemahiran ‘Drone Operating.'

Timbalan menteri merangkap ketua kontinjen, Datuk Mahfuz Omar hadir memberikan sokongan kepada pasukan negara biarpun tanpa sebarang pingat kali ini  peserta negara sudah memberikan prestasi terbaik.


 
Pembabitan kontinjen negara dalam kejohanan kemahiran dunia bertujuan menengahkan bakat kemahiran muda negara di peringkat antarabangsa.

Ini selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan tema WSC 2019 "kemahiran adalah masa depan."