Mutu pengadilan yang dikatakan berat sebelah didakwa antara faktor pasukan negara yang bertanding di World Skills Competition (WSC2019) di Kazan, Rusia tidak mencapai sasaran.
Perkara itu didedahkan Chef de Mission negara Datuk Mahfuz Omar dan juga ketua pasukan negara Halim Jahaya sebaik tiba di tanah air pada Sabtu.
Kontinjen negara tiba dari Rusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.30 petang Sabtu.
Mereka kemudiannya diraikan pada satu majlis makan malam yang dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.
Namun ketika ditemui media, jelas riak wajah yang penuh ketidakpuasan hati. Semuanya gara-gara mutu pengadilan yang dikatakan tidak profesional dan berat sebelah.
"Saya tak nak sebut negara mana tetapi ada negara yang tidak langsung memberikan pemarkahan kepada peserta kita dalam bidang fesyen umpamanya.
"Sedangkan negara-negara lain, negara barat yang lain, beri markah. Jadi ini memerlukan komunikasi antara pakar-pakar dalam negara kita," kata Mahfuz.
Isu tersebut turut dirasai ketua kontinjen negara Halim Jahaya yang turut berasa ada kepincangan dalam mutu pengadilan.
"Puak-puak dia, ada clique dia. Euro ni kebanyakannya akan sekali. Sebab itu pada pertandingan dunia ini, selain WorldSkills Competition, ia ada dipanggil Euro Skills melibatkan negara-negara Euro.
"Dia akan bersama bincang apa yang terbaik agar dia menang," kata Halim.
Kedua-dua mereka merujuk kepada nasib yang menimpa Hanafi Osman, 22, yang bertanding bagi kategori fesyen teknologi yang turut mendapat pujian banyak negara, namun diberi markah yang terlalu rendah.
Pada kejohanan tersebut pasukan negara membawa pulang satu pingat gangsa menerusi Aiman Afiq Suradi dalam kategori Junior Skills selain sembilan pingat kecemerlangan.
"Untuk dua tahun berikut, saya akan perbanyakkan latihan juga berhubung dengan peserta lain untuk berkongsi idea."
Kejohanan seterusnya akan berlangsung di Shanghai, China pada 2021.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Sep 01 2019
Mahfuz (dua dari kiri) di Sepang pada majlis meraikan kepulangan kontinjen negara pada kejohanan itu pada Sabtu. - Astro AWANI
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".