awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud unsur rasuah dalam perlombongan tidak terkawal bauksit di Pahang - SPRM

Bernama
Bernama
06/01/2016
12:59 MYT
Wujud unsur rasuah dalam perlombongan tidak terkawal bauksit di Pahang - SPRM
SPRM memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan wujud unsur rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit yang tidak terkawal di Pahang.
Menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia "memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009."
Unsur rasuah dalam aktiviti pengeluaran bauksit di kesan berikutan aduan yang banyak diterima oleh suruhanjaya itu berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti perlombongan yang tidak terkawal di negeri berkenaan, menurut kenyataan tersebut. Perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Kuantan dilaporkan sejak tahun lepas dan didakwa telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk di kawasan terlibat.
Pada 29 Disember lepas, air Sungai Balok dan beberapa pantai dan air laut sekitar Kuantan, termasuk Pantai Batu Hitam, menjadi merah disyaki berpunca daripada kegiatan pembukaan dan pengambilan tanah yang kemudiannya dihanyutkan aliran air akibat hujan lebat beberapa hari sebelum itu.
Hari ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.
Topic Berkaitan
#bauksit
#perlombongan
#Rasuah
#SPRM
#tidak terkawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan