Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 11 Sept (Ahad) dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya.

Tarikh itu ditetapkan selepas kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijah 1437H adalah pada 3 Sept (Sabtu).

Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan kira-kira 2 juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah dari Malaysia di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari sini.