Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendoakan agar Muhammad Adib Mohd Kassim ditempatkan bersama orang yang beriman.

"Ya Allah, tempatkan lah pewira Adib bersama orang orang yang beriman.Berikan lah keluarga Adib kesabaran untuk menempuhi cabaran ini," tulis Syed Saddiq di laman Twitternya.


Muhammad Adib, anggota Bomba yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 Isnin malam.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di Institut Jantung Negara (IJN).