awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
08/12/2018
03:45 MYT
'Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812
Bagaimanapun, menerusi pencarian #Himpunan812 dan respon yang diberikan oleh netizen di platform media sosial, Astro AWANI mendapati masih ada ibu bapa yang membawa kanak-kanak turun berhimpun. Foto: Astro AWANI/Firdaus Alauddin
Netizen luah rasa kesal apabila peserta yang menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) membawa kanak-kanak di beberapa lokasi.
Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menasihatkan orang ramai untuk tidak membawa kanak-kanak dan mematuhi arahan pegawai polis.
Bagaimanapun, menerusi pencarian #Himpunan812 dan respon yang diberikan oleh netizen di platform media sosial, Astro AWANI mendapati masih ada ibu bapa yang membawa kanak-kanak turun berhimpun.
BACA: Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812
BACA: Perhimpunan ICERD: 6 jalan utama ditutup
LAPOR LANGSUNG: Perkembangan Himpunan 812
Amaran supaya kanak-kanak tidak dibawa ke #Himpunan812 terus tidak dihiraukan ibu bapa @501Awani pic.twitter.com/WFUGTd7GT9
— arfa_yunus (@arfayunus38) December 8, 2018
Terkini : Orang ramai mula hadir Dataran Merdeka bagi Perhimpunan Penolakan Retifikasi ICERD. #Himpunan812. @501Awani pic.twitter.com/YmZJSQukVY
— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 8, 2018
Apada bawak kekanak..nk berdemo pon takyah laa bwk anak2..apa??takda org jaga??..tu tandanya diorang suruh kau bonding dengan anak2. Dkt rumah..
— Z.Harisson (@zachkry) December 8, 2018
Tak perlu lah bawak budak.
— mignon (@mcswennny) December 8, 2018
Kasihan tengok kanak-kanak tu
— Evangelist (@FireEye1717) December 8, 2018
Siap Bawa Bayi P Buat Demo ...Kesian Bayi Tu ...
— Dasuke (@Dasuke85) December 8, 2018
Org dewasa nak berdemo ikut suka https://t.co/bkavCpGvpt yg bawak budak2 kecik tu pehal??akal mana akal
— Ija Timberlake (@ijadamis) December 8, 2018
Perbuatan itu jelas melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana membawa bayi dan kanak-kanak ketika berhimpun dalam acara seumpamanya.
Sehubungan dengan penganjuran perhimpunan itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta penganjur perhimpunan tersebut supaya memberikan kerjasama dan membantu polis serta pihak berkuasa.
"Penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain demi memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam.
"Jika boleh, jangan buang sampah di merata-rata dan jagalah kebersihan. Saya doakan agar perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial beliau.
Topic Berkaitan
#Daulat812
#himpunan
#Himpunan812
#ICERD
#Kanak-kanak
#kesal
#netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan