awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2019
06:05 MYT
Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan beramah mesra bersama jemaah cilik ketika bersalaman dengan rakyat selepas mencemar duli menunaikan Solat Sunat Aidiladha hari ini. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan bersama kira-kira 3,000 jemaah.
Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta pembesar negeri Pahang.
Baginda dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam 1 Ustaz MOhd Khalil Mohd Zari manakala Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, Ustaz Datuk Badli Shah Alaudin, bertindak sebagai khatib.
Al-Sultan Abdullah kemudiannya beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda sebaik selesai khutbah Aidiladha.
Selesai mengerjakan solat sunat, Seri Paduka bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menunaikan ibadah korban dengan menumbangkan tiga ekor lembu.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
#Kuantan
#Masjid Sultan Ahmad
#Pahang
#Pemangku Raja Pahang
#Solat Aidiladha
#Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan