awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan YTL sumbang telefon pintar percuma buat pelajar memerlukan

Farhana Joni
Farhana Joni
07/04/2020
08:31 MYT
Yayasan YTL sumbang telefon pintar percuma buat pelajar memerlukan
Yayasan YTL menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). - Gambar fail
Para guru dimohon membantu menyenaraikan nama pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang dirasakan sesuai bagi membolehkan mereka menerima telefon pintar secara percuma sumbangan Yayasan YTL khusus untuk bantuan pembelajaran mereka.
Yayasan YTL dalam satu kenyataan berkata, setiap telefon pintar itu akan dilengkapi dengan kad prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120GB bagi tempoh setahun.
Jelas kenyataan itu, guru-guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar tersebut di www.ytlfoundation.org/learn.
"Selepas membuat pendaftaran, para pelajar yang berjaya akan dimaklumkan oleh Yayasan YTL untuk menerima telefon pintar itu.
"Guru-guru merupakan pihak yang terbaik dalam mengenal pasti keluarga ini selain kerap meluangkan masa serta tenaga dengan para pelajar," katanya pada Selasa.
Yayasan YTL memberi sumbangan telefon pintar percuma kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40)
Yayasan YTL memberi sumbangan telefon pintar percuma kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40)
Dalam kenyataan sama, Yayasan YTL berkata, pemberian telefon pintar secara percuma Yayasan YTL itu merupakan program di bawah Inisiatif Belajar Dari Rumah yang dilancarkan dua minggu lalu.
Tambahnya, Yayasan YTL memahami kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan keluarga B40 di negara ini susulan penularan COVID-19.
"Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi, namun dalam apa jua cabaran yang dihadapi, YTL Foundation tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutamanya kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan YTL, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping berkongsi kisah mengenai ibunya yang juga bekas guru yang akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar yang lemah setiap hari selepas waktu persekolahan.
"Bagaimanapun, kelas tambahan tidak akan bermula selagi pelajar tidak diberikan makanan terlebih dahulu kerana mengetahui ramai di antara mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makan tengah hari yang baik.
"Justeru, kami percaya guru-guru dapat membantu Yayasan YTL mengenal pasti pelajar yang paling memerlukan untuk menerima tawaran percuma ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Guru-guru
#Inisiatif Belajar Dari Rumah
#keluarga berpendapatan rendah
#pelajar B40
#Pengerusi Yayasan YTL
#sekolah kerajaan
#Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping
#Telefon pintar percuma
#Yayasan YTL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan