awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi minta tiada perhimpunan diadakan di SPRM Rabu ini

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2018
09:45 MYT
Zahid Hamidi minta tiada perhimpunan diadakan di SPRM Rabu ini
Ahli Parlimen Bagan Datok itu berkata, kehadiran beliau ke SPRM hanya untuk memberi keterangan. - Twitter zahid_hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya tiada sebarang perhimpunan diadakan pada Rabu ini di hadapan Ibu Pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.
Menerusi kenyataan di laman Twitternya, Ahli Parlimen Bagan Datok itu berkata, kehadiran beliau ke SPRM hanya untuk memberi keterangan.
"Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibu pejabat SPRM.
"Saya hanya akan memberi keterangan dan bekerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM," katanya menerusi kenyataan di laman Twitter.
Dalam satu kenyataan hari ini, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Luqman Noor Adam meminta ahli dan pemimpin parti itu hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi sokongan kepada Ahmad Zahid.
Sebelum ini juga, Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan berhubung penyelewengan dana 1MDB dan sebuah yayasan miliknya.
Pada 2 Julai lalu, Ahmad Zahid hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua kes itu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#majlis tertinggi
#Parlimen
#perhimpunan
#presiden
#Putrajaya
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan