awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Zahid jadi TPM, ganti Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2015
08:23 MYT
Zahid jadi TPM, ganti Muhyiddin
Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu Najib. - Gambar Fail
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu perdana menteri.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.
Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.
Selain, Muhyiddin, empat menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri G. Palanivel, dan Datuk Dr Ewon Ebin.
Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).
Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).
Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong Datuk Johari Abd Ghani
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Nur Jazlan Mohamed Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr S.Subramaniam Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong Datuk Joseph Entulu Anak Belaun Datuk Seri Shahidan Kassim Datuk Azalina Othman Nancy Shukri Datuk Seri Abdul Wahid Omar Datuk Dr Wee Ka Siong Datuk Paul Low Seng Kuan Datuk Seri Jamil Khir Baharom Senator Datuk Seri Idris Jala Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim Datuk Asyraf Wajdi Dusuki
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Lee Chee Leong Datuk Ahmad Maslan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Noriah Kasnon
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan Chong Sin Woon
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Mary Yap Kain Ching
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan: Datuk Hamzah Zainuddin Timbalan KPDNKK: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Hamim Samuri
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Alexander Nanta
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Reezal Merican
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan
Topic Berkaitan
#Muhyiddin
#najib
#rombakan kabinet
#Shabery Cheek
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.