awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid terima notis serah diri dari SPRM

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2018
07:04 MYT
Zahid terima notis serah diri dari SPRM
Ahmad Zahid telah menerima notis serah diri dari SPRM sekitar jam 1.45 tengah hari tadi. - Gambar fail

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan notis serah diri untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok. Presiden UMNO itu telah diberikan notis berkenaan sekitar jam 1.45 tengah hari tadi. Beliau diminta untuk hadir ke SPRM pada jam 3 petang esok. Perkara ini telah disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu kenyataan hari ini. Spekulasi kini bertiup kencang berhubung kemungkinan penahanan Ahmad Zahid, namun SPRM tidak mahu memberi sebarang komen. Ahmad Zahid telah dipanggil untul disoal siasat oleh SPRM selama empat kali berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. Beliau adalah Pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan oleh keluarganya untuk membendung kemiskinan dan membangunkan pendidikan Islam.

SPRM sedang menyiasat dakwaan berjumlah RM800,000 milik Yayasan Akal Budi yang didakwa digunakan untuk membayar kad kredit peribadi beliau. Kali pertama Ahmad Zahid disoal siasat oleh SPRM pada 3 Julai lalu dan buat kali ketiga minggu lalu.

Topic Berkaitan
#Presiden UMNO
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#Yayasan Akal Budi
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan